Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu danasap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbukaserta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Indeks Pencemaran Udara
Nilai IPU ---- Kualiti udara
0 - 50 ---- Baik
51 - 100 ---- Sederhana
101 - 200 ---- Tidak sihat
201 - 300 ---- Sangat tidak sihat
301 - 400 ---- Berbahaya
401 - 500 ---- Sangat berbahaya
Lebih 501 ---- Darurat
Antara Gejala Penyakit Disebabkan Jerebu:
Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
Iritasi di mata serta mata yang merah
Kulit terasa gatal
Tip Jika Berlaku Jerebu:
Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
Selalu minum air
Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
No comments:
Post a Comment