Wednesday, 29 August 2012

TESTIMONI ALSD II

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 

Selamat Hari Raya

 
 
 
 
 
 


 
 
 
Salam semua..rasa-rasanya belum terlewat lagikan utk ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat' yg sedang mengikuti atau yg sedang singgah sekejap di blog kami ni.
 
 
 
ALSD II merupakan program penurunan berat badan yg lengkap dan selamat dan saya sendiri pun sudah mencapai berat yang ideal hasil penggunaan ALSD II.
 
 
Masa balik kampung beraya baru2 ni..ALSD II memang saya x lupakan sentiasa bersama saya sebelum saya menikmati juadah hari raya. (saya akan ambil 3 scoop sebelah pagi saje sebelum start beraya !!)
 
 
Alhamdulillah..bila dah balik dari kg..rasa mcm nak cek berat..al-maklumlah raya kan..asyik dok makan aje..pantang larang memang letak ke tepi dah!! he..he.. Tengok2..berat saya statik..x turun dan x juga naik..!!! best!!
 
 
Jd anda di luar sana..jom buat keputusan anada dgn bijak utk memilih ALSD II sebagai medium utk turunkan berat badan anda.
 
 
Saya dah....anda??

Monday, 13 August 2012

Testimoni ALSD II







Camane nak atasi masalah perut buncit ni!


Salam semua..sedikit info untuk dikongsi bersama..


‎7 Cara Kempiskan Perut Buncit

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
...

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!